Wednesday, August 17, 2011

refleksi tengahari

Barangsiapa yang memberi makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, maka baginya pahala yang seperti orang yang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa tersebut sedikit pun.” (Hadis Tirmidzi, Ahmad & An-Nasa’i)


Tuesday, August 16, 2011

kahuna

Satu Berita Seribu Interpretasi

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

adat laa bila ini terjadi,

media massa arus perdana ,memang hebat dalam bermadah. haha

Saturday, August 13, 2011

immunisasi terakhir,Islam.


Sejak wujudnya sistem pengamalan agama suci Islam ,

dua tanah ini adalah haram sama sekali dijejaki mahupun dihidu bau oleh penganut agama selain yang yakin dengan akidah ;

اشْهَدُ انْ لّآ اِلهَ اِلَّا اللّهُ وَ اَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدً اعَبْدُه وَرَسُولُه,

AKU BERSAKSI BAHAWA TIADA TUHAN YANG DISEMBAH MELAINKAN ALLAH

DAN AKU BERSAKSI BAHAWA NABI MUHAMMAD ITU ADALAH PESURUH ALLAH

sedangkan seluruh warga dunia menjunjung penuh idea pencerapan hak asasi manusia .seperti mana yang telah termaktub di dalam Perkara 13 Perisytiharan Hak Asasi Manusia (UDHR) 10 dis 1948 yakni Kebebasan untuk bergerak .dan ditambah lagi dua negara kafir laknatullah iaitu Amerika serta Britain (kecuali Israel ,negara ini tak pernah wujud) yang membenarkan semua bangsa,berlatarbelakangkan agama yang berbeza masuk ke negara mereka cuma bersyaratkan permit ataupun pasport.jadi kenapa tidak di Mekah dan Madinah juga melaksanakan dasar yang lebih terbuka? pernah terfikir kenapa?

persoalan mantik ini mungkin mampu dijawab dengan satu analogi mudah.

" Sebuah sekolah yang mencari seorang guru matematik baru tidak akan membenarkan atau melantik guru matematik yang mengajar solusi mudah 2+2=6 sedangkan keseluruhan warga di sekolah itu yakin bahawa 2+2=4 .faham? "

-------------------------------------------------------------------------------------------------

refleksi,

dalam persoalan ini,aku pasti bagi mereka yang prejudis akan sentiasa berat sebelah dalam membuat penilaian ,alasan mereka kita sepatutnya bersatu tak kira bangsa dan agama ,ada juga yang lantang bercakap bahawa kita negara islam tidak adil kerana menyekat kemahuan mahupun kehendak seseorang untuk bebas bergerak kemana sahaja.

ahhhh! peduli laa apa kau nak cakap

Pertamanya ,bagi aku atas alasan bersatu tak kira berbeza latarbelakang agama ini lah punca sebenar kejatuhan akhlak dan moral masyarakat Islam,contohnya pemakaian tudung tapi lengan terdedah (baratkan mcm tu) ,budaya taksub politik feudal dan akibatnya fitnah menfitnah sesama agama,muzik hiphop berjoget sana sini .pemain bola sepak pun apa kurangnya,aurat terdedah tatapan satu dunia sedangkan islam agamanya.inilah maksud aku kita bersatu tak kira berbeza latarbelakang agama.rendahkan ego dan ikhlaskan hati untuk menilai sendiri apa yang aku cakapkan ni.(juga peringatan utk diri sendiri)

kalau berbincang ttg keadilan sosial,adakah si amerika pendukung demokrasi itu cukup adil,terutamanya terhadap palestin dan umat islam keseluruhannya? islamofobia bukan kerja kau tu? merekalah yang bertanggung jawab dalam meletakkan stigma mentaliti mahupun persepsi buruk dunia terhadap orang islam.mereka dukung fahaman feudalisma israel ,yang mengekang setiap inci pergerakkan rakyat palestin,yang membunuh kejam setiap suara yang lantang menentang ,errr itu adil?

sesuatu yang aku faham,kadang kadang lebih banyak perkara yang kita boleh lakukan selain hanya bercakap dan terus bercakap,

sedangkan salahuddin al ayubi tidak pernah tersenyum malah serius sepanjang masa,kerana mengenangkan al-aqsa di bawah cengkaman si kafir,


Sunday, August 07, 2011

puasa dan kurma


hanya sedikit pengisian kali ini ,

KURMA ,
mentaliti masyarakat ,khususnya melayu sangat mengangkat darjat si kurma ini sebagai satu daripada makanan yang diwajibkan singgah ke dalam mulut tatkala azan berkumandang tanda berbuka.tapi mengapa?

jika diteliti dan dihayati,kisah si kurma ini mulai wujud pada zaman pengalihan 25 rasul yang kita sayangi.

Diriwayatkan ,semasa siti mariam yang keletihan selepas melahirkan Nabi Isa A.S ,siti mariam yang tersandar di sebuah pohon.Allah telah mengutuskan malaikat datang dan menggoncangkan dahan pokok di mana tempat siti mariam bersandar itu.Dengan izin Allah,gugurlah buah kurma dari pokok yang digoncang dan buah tersebut dimakan oleh siti mariam bagi mengembalikan tenaganya yang hilang setelah penat melahirkan Nabi Isa A.S .

Selain itu juga,terdapat beberapa kelebihan yang boleh dipertimbangkan dlm menganalisis buah kurma sebagai makanan ruji pada bulan puasa ini ,antaranya ;

1. Buah kurma amat sesuai untuk dijadikan hidangan berbuka puasa kerana kandungan tenaganya yang tinggi dapat mengembalikan paras gula yang rendah dalam darah kepada paras yang normal.

2. Amalan berbuka puasa yang baik ialah dengan mengambil tiga biji kurma yang kaya dengan tenaga, serat, vitamin dan mineral.

3. Kemudian diikuti dengan setengah cawan jus buah-buahan. Selepas itu bolehlah mengambil satu mangkuk kecil sup sayur berserta dengan satu atau dua keping roti.

4. Bagi mereka yang menghidapi kencing manis, buah kurma boleh diambil sebagai makanan pertama untuk berbuka puasa. Namun begitu, mereka perlu mengawal pengambilannya. Mereka boleh mengambil tiga biji kurma tetapi perlu mengehadkan pengambilan makanan serta minuman manis yang lain.

5. Kurma baik untuk diet pemakanan, malah, kandungan zatnya dapat membantu dalam perubatan (mempunyai tenaga pembersihan) dan estringen pada masalah usus yang dapat mengatasi masalah sembelit dan gangguan usus kronik.

6. Ia juga dapat digunakan dalam masalah sakit kerongkong, selesema dan demam, juga dikatakan penawar mujarab dalam perubatan tradisional untuk mengatasi masalah insomnia, selain mempunyai pelbagai khasiat lain.

7. Oleh kerana kurma kaya dengan unsur zat besi dan kalsium, ia sesuai untuk wanita sama ada ketika hamil atau selepas bersalin. Jus kurma dapat mengurangkan tumpah darah, menguatkan rahim serta berkesan meredakan tekanan darah tinggi.

8. Kandungan zat besi yang terkandung pada buah berkenaan juga menyebabkan wanita berpantang sesuai mengambilnya sebagai hidangan tanpa keraguan. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, ia dapat diatasi dengan memakan buah kurma sekali gus menggalakkan pertambahan kandungan susu.

9. Kurma juga membantu melancarkan perjalanan darah, menghindari barah, merawat buah pinggang, mencuci hati dan membantu mengurangkan pengaliran darah ketika kelahiran. Berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak, pembentukan darah dan sum-sum tulang.

10. Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga, selain berkhasiat membantu memanaskan badan, mencergaskan otak dan tubuh badan, mencergaskan minda kanak-kanak. Justeru, ia sangat sesuai untuk perut kosong, memberikan tenaga dan menyegarkan kisaran penghadaman.

11. Dilaporkan 100 gram kurma segar mengandungi sumber vitamin C yang diperlukan badan dan membekalkan 230 kalori untuk tenaga (960 kJ). Oleh kerana kurma mengandungi sedikit air, ia masih pekat walaupun sudah kering.

------------------------------------------------------------------

aku juga terbaca ,ada yang menceritakan bahawa sejenis kurma yang dipanggil kurma nabi mempunyai asal usul yang sangat unik,hal ini merujuk kepada catatan sejarah yang menceritakan kisah si kurma nabi ini pula mulai wujud lantaran satu cabaran yang dilontarkan oleh kaum yahudi kepada nabi muhammad SAW.mereka memberi nabi sejenis kurma yang telah direbus selama 7hari dan 7malam.menurut mereka ,jika nabi mampu menanam kurma itu hingga dituai hasilnya maka mereka mengakui bahawa nabi adalah pembawa agama yang benar.maka dengan izin Allah ,tumbuhlah pokok kurma ini ,dan buahnya diberi nama kurma nabi. namun cerita ini tidak dapat disahihkan pembuktian ceritanya.

apa apa pun ,ayuh kita rujuk kepada satu hadis yang diriwayatkan oleh Tarmizi ,
Bahawa Nabi SAW bersabda "apabila seseorang daripada kalangan kamu berbuka ,hendaklah dia berbuka dengan tamar (kurma) ,jika dia tidak ada .maka hendaklah dia berbuka dengan air.kerana ia adalah penyuci " .

sedikit huraian dan pengungkaian rahsia disebalik perkataan kurma,
simple but nice lah! :D *actually its quite complicated ,but still nice :)

Wednesday, July 13, 2011

ikhlas dari jiwa marhaen

BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen

Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.

Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.

Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.

1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL.

Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.

Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.

Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.

Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan?

"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."

2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"

A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.

Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.

B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?

Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.

3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"

A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?

B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.

4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.

Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.

Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...

Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)

Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.

"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"

Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?

Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.

Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?

Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.

Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.

contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)

i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?

Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan!

Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.

5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"

i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)

ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.

Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.

Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa

Sampai bila nak habis?

Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila.

Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.

Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ...

" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka"

Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.

Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.

Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.

6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"

i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.

ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?

Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?

iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!

"Kenapa pulak Zulfikar?"

Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.

Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?

Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.

iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.

Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU.

**********************************

Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.

Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.

Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia.

Aku hanya memahami politk dari sudut pandang seorang rakyat.

Tuesday, June 28, 2011

and this is for my best friend


Okay so im dedicating this special post to my best friend ,Munirah Saiful Bahri.
yeah you ,ima here wishing you happy 19th birthday .thanks thanks and thanks a lot for being such a good friend to me.i really appreciate it .haha

Good luck in becoming a great doctor one day ,together!
*okay saya jealous anda nak fly sept ni,ireland pulakk tu ,HAHAHA *

and and i hope that the coming years provide you with all the success and fulfillment your heart wishes.

lastlyy.-this is one of my fav quote mun :):):) always remember yeah,
Doctors are men who prescribe medicines of which they know little, to cure diseases of which they know less, in human beings of whom they know nothing.


,
small gift from me,
your fav sport fiesta limited edition LOL
;D

Saturday, April 16, 2011

to someone special!


jauh di sudut hati ,
ingin ku balas segala yang telah kau beri.
jauh di dasar sanubari ,
ingin ku penuhi segala yang kau impi.
juga tegak tekad ini berdiri ,
ingin ku hadiahkan kejayaan ku sebagai bukti.

walau apa pun dugaannya nanti ,
akan ku lakukan sepenuh hati.
agar kau gembira juga mengerti.
aku anakmu mencintai sepenuh hati.


buat ibunda ku sayang ;

pemberian ini ikhlas dihati ,
pengganti diri di hari jadi mu,
moga bahgia hendaknya nanti ,
pengubat di kala resah dan rindu.

i rmmber when someone told me ,
"flowers are always the ideal gift for every woman in a man's life,so mum.here u goo :D
i hope you like it.
HAPPY BIRTHDAY AND MAY ALLAH ALWAYS BLESS YOU :)

Friday, April 15, 2011

hati hati dalam mencari erti



aku mula terfikir,adakah benar wujudnya istilah 'hukum karma' dalam ajaran agama yang aku anuti? hairan,sbb setahu aku,perkara ini pun mula aku ketahui semasa pembelajaran sejarah ting 4 mungkin.itu pun tak berapa pasti ? ;)

----------------------------------------------------------------

secara asasnya Hukum KARMA berdiri di atas fahama bahawa hukuman dari sang karma (tuhan) kepada si pelaku dosa,mantiknya Karma ini adalah satu prinsip ‘berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat, dan prinsip ini digunakan untuk seseorang itu mencapai Nirwana(syurga) atau tahap Moksha(bersatu dengan tuhan).

Orang Hindu percaya kepada Hukum Karma dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini amat bergantung kepada Karma iaitu perbuatan seseorang semasa hayatnya. Matlamat seseorang penganut Hindu adalah untuk mencapai Nirvana atau Moksha. Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh itu mereka perlulah membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia supaya dapat menghindarkan diri daripada kelahiran semula

( Majjhima Nikaya III : 135 ).

maka mudah, bahawa hukum ini sangat berbeza daripada agama islam kerana karma terhad bagi penganutnya untuk sentiasa berbuat baik bagi mengelakkan kelahiran semula dan berusaha sedaya upaya bagi mencapai matlamat kehidupan di dunia mereka iaitu mencapai tahap nirvana dab moksha! lebih menarik,dlm fahaman mereka ,tiadanya akhirat yang sering dibayangkan dalam agama islam sebagai satu putaran selepas kehidupan di dunia.jadi intrepitasi 'buat baik di balas baik mungkin membawa erti mereka akan mencapai tahap moksha atau nirvana yg membolehkan mereka bersatu dengan tuhan dan buat jahat dibalas jahat mungkin membawa erti kelahiran semula di dunia yg merupakan satu balasan.daripd faham yang aku baca begini laa.mungkin .

jadi buat semua yang beragama islam,berhati hati laa .dek kerana asimilasi budaya terutama nya orang melayu kita kadang kala alpa akan tentang sesuatu perkara yang sepatutnya kita tidak lupa..

untuk fahaman yang lebih jelas.aku cuba dtgkan beberapa hujah bagi membezakan hukum karma ini dalam Islam.

kisah Nabi Yusuf yang diceritakan dalam Surah Yusuf. Semasa kecilnya(Nabi Yusuf),dia ditinggalkan oleh saudara-saudara dalam telaga berseorangan. Kemudian dia dikutip oleh pembesar Mesir dan dia dituduh menggoda Zulaikha(hanya panggilan,bukan nama sebenar), lalu dipenjara.Akhirnya dia dibebaskan dan dia dijadikan bendahara negara dan ketika dia memerintah negara,dia berbuat baik pada abang-abangnya. Perhatikan,adakah cerita ini menepati hukum karma? Tidak kerana abang-abangnya yang berbuat jahat padanya dibalas dengan kebaikan olehnya.Satu bukti menolak hukum karma.

Kisah pembukaan Kota Makkah,Nabi bersabda kepada penduduk Makkah yang maksudnya sesiapa yang berada di dalam rumah,dia akan selamat,siapa yang berada di dalam masjid nabawi juga akan selamat dan sesiapa yang berada dalam rumah Abu Sufian juga akan selamat. Imbau kembali perjuangan Rasulullah di awal-awal dahulu bagaimana Nabi dicaci,dihina dan dikutuk oleh orang Makkah dan kini,orang yang pernah berlaku jahat padanya dibalas dengan keampunan,sejenis kebaikan. Bukti kedua menolak hukum karma.

bandingkan lah kedua hujah ini.namun jangan dikelirukan antara pegangan dan persepsi .

mungkin ada juga yang akan keliru ,kerana Allah berfirman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

namun,balasan sama ada buruk mahupun baik di dlm islam bukanlah terhad di dunia sahaja bahkan kita semua akan di hisab dan dihitung di akhirat kelak.

Islam mengiktiraf konsep sebab dan akibat atau anda mungkin lebih suka memanggilnya karma dan Islam juga mengiktiraf satu lagi konsep yang diberi nama Ujian/Dugaan.Berdasarkan konsep ujian inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi jika dia berjaya lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep Ujian inilah,hukum Karma seperti Agama Hindu mampu ditolak bulat-bulat oleh orang Islam.

buat terakhir kali,biarlah apa yang akan terjadi walau kita dicerca dan dimaki ,juga dihina dan dibenci ,percayalah bahawa DIA lah yang adil dlm menentukan apa yang terbaik untuk umatnya.MAHA ADIL LAGI MAHA BIJAKSANA :)

p/s di kolej aku pun rasanya ,karma ini semakin di salah ertikan .jadi buat yang tidak mengerti hati hati.



Friday, April 01, 2011

april fool bukan budaya kita,


Sejarah April Fool

Perayaan April Fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan dan kepuasan itu sesungguhnya berasal dari satu tragedi besar yang sangat menyedihkan dan memilukan. The April’s Fool Day berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol pada tahun 1487 atau bersamaan dengan 892 H. Sebelum mengungkap tragedi tersebut, ada baiknya kita melihat sejarah Sepanyol dahulu ketika masih di bawah kekuasaan Islam.

Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq bin Ziyad, Sepanyol tumbuh menjadi satu negeri yang makmur secara beransur-ansur. Pasukan Islam tidak setakat berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan di negeri-negeri sekitarnya menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang terletak di pergunungan.

Islam telah menerangi Sepanyol. Ini kerana sikap para penguasa Islam begitu baik dan rendah hati, maka banyak orang-orang Sepanyol yang kemudian dengan tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam, namun mereka sungguh-sungguh mengamalkan kehidupan secara Islami. Mereka tidak hanya membaca Al-Quran, tetapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Quran. Mereka selalu berkata untuk tidak minum khamar, bergaul bebas, dan segala macam hal yang dilarang oleh Islam. Keadaan seperti itu berlangsung hampir enam abad lamanya.

Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka selalu gagal. Mereka telah mencuba beberapa kali tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah sejumlah perisik untuk mempelajari kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya perisik itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Sepanyol, yakni yang pertama adalah harus melemahkan iman mereka dahulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.

Maka mulailah secara diam-diam mereka mengirim alkohol dan rokok secara percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk membujuk kaum mudanya agar lebih suka bernyanyi dan menari berbanding membaca Al-Quran. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang kerjanya adalah untuk menyemarakkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan upaya ini membuahkan hasil.

Akhirnya Sepanyol jatuh dan berjaya dikuasai pasukan Salib. Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibantai, tetapi juga rakyat biasa, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibantai dengan sadis dan kejam.

Satu persatu daerah di Sepanyol ditakluki. Granada adalah daerah terakhir yang ditaklukkan. Penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian terus mengejar mereka.

Ketika jalan-jalan mulai sepi, yang tinggal adalah ribuan mayat yang bergelimpangan dan bermandikan aliran darah. Tentera Salib mengetahui bahawa banyak Muslim Granada yang masih bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu meneriakkan pengumuman, bahawa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan dibenarkan berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka. “Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian bujuk tentera Salib.

Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa dari orang Islam dibenarkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama menuju ke kapal-kapal tersebut. Mereka pun bersiap untuk berlayar.

Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya beriringan jalan menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya. Lidah api terlihat menjilat-jilat angkasa ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.

Manakala ribuan umat Islam yang berada di pelabuhan berasa terkejut ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak boleh berbuat apa-apa kerana sama sekali tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan anak-anak yang masih kecil. Lalu tentera Salib segera mengepung mereka dengan pedang yang terhunus.

Dengan satu teriakan dari pemimpinnya, ribuan tentera Salib itu segera membunuh umat Islam Sepanyol tanpa perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana. Dengan buas tentera Salib terus membunuh orang awam yang sama sekali tidak berdaya.

Seluruh Muslim Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah menggenang di mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh dunia Kristian pada setiap tanggal 1 April sebagai “The Aprils Fool Day”.

Bagi umat Islam April Fool tentu merupakan tragedi yang sangat menyedihkan. Hari dimana ribuan saudara seimannya disembelih dan dibantai oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol. Sebab itu, adalah sangat tidak layak jika ada orang Islam yang ikut-ikutan merayakan tradisi ini. Sebab dengan merayakan April Fool, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April Fool, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai terhadap ribuan saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol, beberapa abad silam.

April Fool Merupakan Perayaan Pembantaian Umat Islam, Tidak Layak Dirayakan

Umat Islam sangat tidak boleh merayakan “The April Fool Day” kerana kebiasaan itu didasarkan untuk memperingati peristiwa pembantaian umat Islam di Sepanyol pada 1 April 1487 Masihi.

Ir.H.Asmara Dharma, seorang cendekiawan muslim dari Indonesia menuturkan di dalam tulisannya; “Umat Islam banyak yang “latah” dan merayakan April Fool tanpa mengetahui dasar dan asal muasal peristiwa tersebut”

Ia menjelaskan, perayaan April Fool itu didasarkan atas peristiwa penyerangan besar-besaran oleh tentera Salib terhadap negara Sepanyol yang ketika itu di bawah kekuasaan kekhalifahan Islam pada Mac 1487 Masihi.

Kota-kota Islam di Sepanyol seperti Zaragoza dan Leon di wilayah Utara, Vigo dan Forto di wilayah Timur, Valencia di wilayah Barat, Lisbon dan Cordoba di Selatan serta Madrid di pusat kota dan Granada sebagai kota pelabuhan berjaya dikuasai tentera Salib.

Umat Islam yang tersisa dari peperangan itu dijanjikan kebebasan jika meninggalkan Sepanyol dengan kapal yang disiapkan di pelabuhan Granada. Tentera Salib itu menjanjikan keselamatan dan membolehkan umat Islam menaiki kapal jika mereka meninggalkan Sepanyol dan tidak membawa sebarang persenjataan mereka.

Namun, ketika ribuan umat Islam sudah berkumpul di pelabuhan, kapal yang tadinya berlabuh di pelabuhan segera dibakar dan kaum muslim dibantai dengan kejam sehingga air laut menjadi merah kerana darah.

Peristiwa pembantaian dan pengingkaran janji tersebut terjadi pada 1 April 1487 Masehi dan dikenang sebagai “The April Fool Day.”

Selanjutnya, Dharma menjelaskan, peristiwa “The April Fool Day” itu dipopulerkan dengan “ritual” yang mempersendakan, menipu dan memperbodohkan orang lain tetapi bernuansa gembira.

“Ritual tersebut disyaratkan agar orang-orang yang dipersendakan tidak boleh berasa marah atau membalas” katanya.

sumber premier : http://www.eramuslim.com