Sinopsis .
Maria Hertogh adalah gadis keturunan Belanda yang diserahkan oleh ibunya, Adeline dan neneknya, Nor Louisenya kepada Che Aminah untuk dipelihara tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.
Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika, dia balik ke Bandung, Jawa dan mencari anaknya Natrah. Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai. Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.
Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Che Aminah yang diwakili peguam bela Encik Ahmad Ibrahim, menang kes rayuannya dan Natrah dikeluarkan daripada York Hill. Kerana takut peristiwa berulang, Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin tetapi mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
begitu lah kisah perjuangan natrah yang mencoret sejarah sehingga ke hari ini.jujurnya aku sendiri turut terkesan walau hampir saja 5dekad berlalu.
sejarah bukan sahaja menceritakan perjuangan che aminah dalam usahanya mendapatkan natrah namun ianya juga merupakan perjuangan mempertahankan kesucian agama islam ,rusuhan berlaku di singapura dan tanah melayu demi menidakkan undangundang buatan manusia yang memaksa natrah dimurtadkan dan dihantar pulang ke Belanda tanpa kerelaannya.18orang terkorban dan ratusan yg cedera! itu lah tandanya.
juga,ini merupakan pertembuangan dua budaya .melayu dan belanda.seseorang dinafikan hak untuk hidup bebas dengan agama pilihan dan budaya sandarannya,dia dipisahkan dengan suami serta keluarga di tanah melayu .inilah apabila paksaan mengambil tempat kekuasaan pula yang diangkat.
kisah natrah ini seharusnya menjadi mengajaran berguna kepada seluruh rakyat malaysia dan umat islam khususnya ,sejarah perlu untuk terus sama dikenang ,agar tidak lagi diulang!
p/s aku teringin sangat nak tengok teater Natrah2 ni :)
2 tepikaenorang:
nak tengok !!! haha .
dapat tgk tak?
Post a Comment