Monday, December 27, 2010

mengapa yahudi bijak!

ini adalah singkapan cerita yang telah
ditulis sendiri oleh Dr Stephen Car Leon
pemegang ijazah Phd ,california .

setelah 3tahun di Israel kerana menjalani housemanship di hospital di sana.Ada beberapa perkara menarik saya perhatikan untuk dijadikan sebagai tesis ini,iaitu "mengapa yahudi bijak".memang tak disangkal lagi ramai cendiakawan yahudi lahir daripada segenap bidang,engineering,musik,saintis, dan yang paling tersohor adalah perniagaan. hampir 70% perniagaan dikuasai oleh kaum yahudi.

ketika tahun kedua disana,akhir bulan Dec 1980 dan sedang saya menghitung hari utk pulang ke california saya terfikir apakah yang menyebabkab kaum ini begitu pintar? adakah tuhan memberi kelebihan kepada mereka? adakah ini suatu kebetulan? atau adakah kebijaksanaan ini dijana seperti kilang pengeluaran?

maka saya pun tergerak utk membuat tesis utk PhD saya disamping kebaikan umat sejagat dan hidup saya secara harmoni.Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa lapan tahun utk disiapkan memangdangkan saya sendiri ingin mendapatkan dan mengumpul data data yang setepat mungkin tentang kaum yahudi ini.

antara data data yang saya kumpul termasuklah permakanan,adat resam,agama,persiapan awal utk kelahiran zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum lain

kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat.Di Israel,setelah mengetahui bahawa si ibu sedang mengandung,pertama kali saya perhatikan adalah si ibu akan sering menyanyi dan bermain alat musik seperti piano.si ayah pula akan membelikan buku matematik utk si ibu.tujuannya utk si ibu cuba menyelesaikan semua masalah matematik sebanyak mungkin!saya sungguh hairan tentang keadaan si ibu yang tiba tiba menjadi sangat tekun menyelesaikan masalah matematik itu.lalu saya bertanyakan kepada beliau "adakah ini untuk anak anda? jawab beliau "ya,ini adalah untuk anak saya yang masih dalam kandungan.saya sedang melatih otak beliau.moga ini akan menjadikan beliau menjadi genius kelak" Perkara ini membuatkan saya tertarik mengikuti perkembangan beliau sehinggalah beliau melahirkan anak.

seperkara lagi,saya perhatikan adalah pemakanan beliau.sejak dari awal mengandung beliau gemar memakan kacang badam dan kurma bersama susu.dan tengh hari pula makanan beliau adalah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad dan digaul bersama badam dan pelbagai jenis kacang.menurut beliau,daging ikan sangat baik untuk otak tetapi kepala ikan tidak.beliau juga mengamalkan pengambilan pil minyak ikan.

ketika saya diundang ke makan malam bersama org org yahudi,perkara yang saya perhatikan adalah menu mereka.setiap menu mereka adalah ikan (hnya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak diambil bersama sama ikan kerana menurut mereka daging adalah bagus tetapi tak elok diambil bersama sama ikan.salad dan badam pula menjadi kemestian buat setiap hidangan mereka.

di Israel,apabila anda diundang makan di rumah yahudi,jangan sesekali merokok. jika tidak ,tanpa segan silu anda akan dihalau keluar dari rumah mereka dan merokok di luar rumah.Menurut saintis di universiti israel,kajian menunjukan bahawa nikotin di dalam rokok akan merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes ,ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak atau lembab.suatu penemuan yang dahsyat ditemui oleh saintis dalam bidang genes dan DNA. para perokok ambil perhatian.(ironinya pemilik atau pengeluar rokok terbesar adalah . . tekalah sendiri! )

perhatiaan saya selanjutnya adalah melawati tadika mereka.pemakanan anak anak di sana cukup dikawal,makanan awal adalah buah buahan dan kacang badam diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) dalam pengamatan saya,kanak kanak yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu hebrew,arab dan inggeris. dari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin.menurut mereka,bermain alat musik dapat memahami nota nota dan ini meninggkatkan lagi IQ kanak kanak dan sedah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.

menurut saintis,gegaran musik dapat stimulate (seperti senaman utk otak) maka itu terdapat genius musik terdiri daripada kaum yahudi.


seterusnya ke darjah 1 hingga 6,anak anak yahudi akan diajar matematik yang berkonsepkan perniagaan dan matapelajaran sains pula diber keutamaan.dan jika dibandingkan dengan anak anak di carlifornia jauh berbeza tentang IQ boleh dikatakan ketinggalan sehingga 6 tahun kebelakang.segala pembelajaran sangat mudah ditangkap oleh anak yahudi. selain daripada pelajaran,mereka juga mengamalkan sukan terutamanya berlari,menembak, memanah .menurut mereka memanah dan menembak dapat melatih otak memfokuskan terhadap sesuatu perkara disamping memudahkan persiapan berkhidmat untuk negara.

di sekolah mengah pula,murid murid telah ditekankan mempelajari mata pelajaran sains dan mereka digalakkan untuk mencipta produk,segala bahan ciptaan mereka walaupun kadangkala kelihatan lucu dan mengarut ,tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata,perubatan dan engineering.idea itu akan di ketengahkan.

di fakulti perniagaan universiti di israel,saya sungguh terperanjat apabila mendapati mereka begitu agresif dan serius tentang perniagaan.di akhir tahun universiti,para\ penuntut bidang perniagaan dikehendaki melakukan projek dan mempraktikannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10org setiap kumpulan) mendapat keuntungan sebanyak $US1juta! terperanjat? itulah realitinya.bayangkanlah,dengan rangkaian di seluruh dunia dan ditaja oleh syarikat yahudi,maka tak hairanlah mereka dapat menguasai 1/2 perniagaan di dunia.siapakan yang mencipta design LEVI'S yang terkini? ianya dicipta di unuversiti israel di fakulti perniagaan.

pernah anda lihat org yahudi melakukan ibadah mereka? salah satunya adalah dengan menggoyangkan kepala mereka.menurut mereka dengan menggoyangkan kepada dapat mengaktifkan otak dan menambah oksigen dikepala.agama islam jugamenyarankan umatnya menundukkan atau menggoyangkan kepala.ini dapat mensimulasikan otak supaya bertambah aktif lihat orng jepun,mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. ramai orang jepun yang pandai? adakan ini kebetulan? kegemaran orang jepun juga sushi (ikan mentah) adakan ini kebetulan? fikirkan lah!

berpusat di NY,dewan perniagaan yahudi bersedia membantu merea yang berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu utk org yahudi sahaja) jika mereka mempunyai idea yang bern s ,jawatankuasa akan memberi pinjaman kepada mereka tanpa faedah dan pentadbir akan turut bekerjasama dengan anda untuk memastikan perniagaan anda berkembang maju.maka dengan itu lahrilah starbuck,cocacola,DKNY,oracle,perfileman Hollywood,levis,dunkin donut dan beratus lagi kedai ternama bernaung dibawah perniagaan yahudi ini!

kesimpulannya,pada teori saya.melahirkan anak dan keturunan yang bijak boleh dilaksanakan dan tentunya ia mengambil masa sehingga beberapa generasi mungkin? persiapan awal adalah ketika si ibu mengandung,galakkan si ibu melakukan banyak latihan matematik yang mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik yang tenang.seterusnya ubah cara pemakanan,makanlah makanan yang elok dan berkhasiat yang baik utk otak. menghayati musik pula adalah baik utk pertumbuhan otak dan sukan pula mencerdaskan otak seperti sukan memanah ,menembak bola keranjang,dart yang memerlukan konsentrasi yang tinggi.

merokok menjanjikan gererasi yang lembab dan sudah tentu genes yang lembab akan mengikut generasi si perokok.lawatan saya ke singapore pada 2005 amat memeranjatkan,di sana perokok bagai dianak tirikan dan begitu susah sekali utk merokok. anda tahu berapa harga sekotak rokok di sana? US$7! ini bersamaan dengan perbelanjaan sehari utk makan anda. saya puji pemerintahan singapore dan ianya mirip cara yang diaplikasikan oleh israel. taidak hairan lah institusi pelajaran singpore bertaraf dunia walaupun hakikatnya singapore sebuah pulau kecil di peta dunia.

anda tentu musyhkil tentang perkara ini,benarkan perokok melahirkan generasi yang lembab ,saya telah menemui beberapa bukti bagi menyokong teori ini.lihat saja di indonesia, jika anda ke jakarta,anda boleh mendapatkan rokok dimana mana sahaja.ia dijual di merata tempat dan asap rokok pula anda akan hidu disepanjang jalan di sana.dengan kepadatan penduduk jutaan org ,berapa banyak kah universiti mereka bertaraf dunia? hasil apakah yang boleh dibanggakan di sana? ditangga berapakan mereka dalam pertandingan metematik sedunia? adakan ini bukan akibat rokok? fikirkan lah.

di tesis saya ini,saya tidak menimbulkan soal agama atau bangsa,adakah yahudi itu zalim sehingga disingkirkan pada zaman hitler? bagi saya itu persoalan politik. perkara yang ingin saya ketengahkan adalah mampukah kita melahirkan generasi sebijak yahudi? jawapannya ,mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan masa sehingga 3 generasi mungkin. ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya,saya mengajar anak saya memalui program yang telah saya nyata kan sebentar tadi.pada umur 9 tahun cucu saya dapat menulis esey sepanjang 5 muka surat penuh walaupun eseynya hanyalah tentang mengapa saya gemarkan tomato!!

selamat sejahtera dan semoga kita dapat melahirkan generasi manusia yang bijak dan dapat memimpin umat ke arah yang lebih baik .insya-Allah.

6 tepikaenorang:

Anonymous said...

Aidil HEBAT!!

aidilCABRERA said...

eh ,tak kantoi pun salia oii -.-' haha

Najmi Latif said...

mengapa aidil bijak + hebat + macho + hemsem + genius???

Misteri tu lebih utama n penting untuk dibocorkan.. haha..

aidilCABRERA said...

haha wey mie,aku sekeh gak kau nie kang -.-'

apa apa pun ,orang HEBAT ,fly pgi study luar negara.mcm kau! :)

insan biasa=) said...

perghhhhh...patnam!

aidilCABRERA said...

haha wadah ,dah tau blog kau ;D
thanks btw hehe