
sebelum apa apa ,mari kita dalami sebenarnya perkara yang patut kita fahami ,
sekarang siapa si santa claus ?
menurut MITOS,ya MITOS .faham apa itu MITOS?
Santa Claus dikenali sebagai Saint Nicholas, Bapa Krismas, Kris Kringle, atau cuma "Santa", ialah tokoh bersejarah, lagenda dan mitos dalam budaya rakyat yang disifatkan sebagai pembawa hadiah pada Malam Krismas atau Hari Krismas.Mitos juga mengatakan yang Santa Claus membuat satu senarai kanak-kanak seluruh dunia, mengelaskan kanak-kanak itu mengikut perilaku mereka; dia menghantar hadiah, termasuk mainan, gula-gula, dan lain-lain kepada semua kanak-kanak yang berkelakuan baik di seluruh dunia, dan kadang-kala arang atau batang diberi kepada yang nakal, dalam jangka masa satu malam; dan dia menyelesaikan kerja berat ini dengan bantuan orang halus yang mengilang mainan, dan sembilan ekor rusa kutub terbang yang menarik pedatinya.
sudah la mitos! tak pasti ,entah wujud entah tidak,senang cerita,ini tahyol!
hari krismas ,
kononnya adalah menandakan kelahiran Jesus Christ yang bertarikh 25 Disember tahun pertama masehi, di Baitullaham.Dr JJ Ch. Abinene menyatakan hari lahir Jesus mulanya tidak dirayakan kerana perayaan ini menyerupai kebiasaan orang kafir.Dalam Perjanjian Baru tidak pernah disebut perayaan hari Natal ini. Namun akhirnya hari lahir Jesus dirayakan juga iaitu pada 6 Januari di Mesir sekitar abad ke-3, di Galilea 360 masehi dan di Sepanyol 380 masehi. Kemudian di Rome tetapi tarikhnya 25 Disember.
Namun hal ini bercanggah pula dengan kajian yang dibuat oleh Herbert W.Armstrong dalam bukunya THE PLAIN TRUTH ABOUT CHRISTMAS. sebagaimana matsalleh tu sangat sangat lah menafikan bahawa sambutan kristmas ini adalah bagi menyambut kelahiran jesus christ mereka kerana percaya jesus tidak dilahiran pada tarikh tersebut sebaliknya 25 disember adalah merupakan hari kelahiran Anak dewa Mitra atau kelahiran dewa Matahari yang tak terkalahkan menurut bangsa Romawi ,satu bangsa menyembah berhala pada zaman bangsa Latin/Roma sejak tahun 354 M. sumber : disini
aku juga faham ,ada sesetengah fikir tak apa lah menyambut kelahiran jesus atau nabi isa bagi umat islam,namun pasti kah kita nabi isa itu lahir pada tarikh tersebut? seperti yg disebutkan di atas,katholik dan protesten kristian juga secara pemahaman mereka sendiri pun adanya lambakkan percanggahan bagaimana tarikh asal wujudnya sambutan krismas ,inikan lagi cara untuk menyabutnya.sehinggakan kini aku rasa bingung.entah utk apa laa krismas kita nak sambut agaknya? tiba tiba pula terhegeh-hegeh,segelintir tu nak menyambut krismas .bodohsombong la alamatnya tu .
rujuk sumber di laman saifulislam untuk pemahaman yang lebih jelas :)
............................................................................................................
dan jika betul lah merujuk terhadap hukum Islamnya ,
Allah swt, di akhir surah al-Furqan, ketika menyebut sifat hamba-hambaNya, berfirman :
Maksudnya : "Dan mereka (yang diredhai oleh Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menyaksikan yang palsu, dan apabila mereka bertemu dengan (orang-orang) yang mengerjakan perbuatan-perbuatan yang sia-sia, mereka melaluinya dengan menjaga kehormatan diri (membersihkan diri darinya)." (al-Furqan : 72)
Para ulama Tafsir menakalkan sepertimana yang terdapat di dalam al-Durar al-Manthur demikian juga seperti yang disebut oleh Ibn Kathir di dalam tafsirnya dari sebahagian Tabi'ien seperti Mujahid, al-Dhohak , Ikrimah dan yang lainnya bahawasanya iaitu tidak menyaksikan yang palsu) – itu ialah perayaan-perayaan Kafir dan Musyrikin.
Dr. Safar Bin Abdul Rahman al-Hawali di dalam laman web beliau mendakwa akan sepakatnya semua para fuqaha akan haramnya menghadiri perayaan bukan Islam dan bersama merayakannya. Beliau menyebut salah seorang ulama dari mazhab Malik yang bernama Abu Abdillah Abdul Rahman Bin al-Qasim al-Misri yang menganggap sesiapa yang hanya membeli tembikai sempena dengan perayaan bukan Islam, dia seolah-olah telah membeli seekor babi untuk disembelihkan.
Di sisi ulama mazhab Hanafi pula lebih keras, sehingga ada yang berpendapat kufurnya seseorang yang hanya memberikan hadiah berupa sebiji telur pada hari tahun baru Parsi dalam bentuk memuliakannya.
Jika kita himpunkan kesemua perkataan para ulama, kita akan dapati bahawasanya semua mereka mengharamkan menyambut perayaan bukan Islam termasuklah mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hambali, bahkan mazhab al-Zohiri juga.
Al-Lajnah al-Da-imah lil Buhuth al-'Ilmiah wa al-Ifta' ketika ditanya tentang hukum bersama menyambut perayaan bukan Islam menyebut :
"Tidak boleh bagi seorang muslim untuk dia bersama orang-orang kuffar dalam (menyambut) perayaan-perayaan mereka, dan untuk menzahirkan keseronokan dan kegembiraan dalam perayaan mereka, (demikian juga tidak boleh) untuk dia bercuti dari bekerja (untuk menyambut perayaan tersebut) samaada perayaan itu perayaan keduniaan ataupun keagamaan, kerana ini termasuk dalam bertasyabbuh (menyerupai) musuh-musuh Allah yang diharamkan dan termasuk dalam tolong menolong dengan mereka dalam perkara yang batil. Telah thabit dari Nabi saw, sabda baginda : "Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk salah seorang dari mereka." Allah swt pula berfirman : "Dan tolong menolonglah kamu dalam perkara yang baik dan takwa, dan jangan kamu tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Dan bertakwalah kamu kepada Allah seseungguhnya Allah amat keras seksaannya."(al-Maidah : 2)" – Fatwa bil. 2540.
maka,logiknya begini laa.hari raya bagi setiap agama adalah hari untuk menzahirkan kepercayaan kepercayaan agama.setuju? maka apa kah mungkin umat Islam yang memiliki aqidah mentauhidkan Allah dapat menyambut perayaan lain yang penuh dengan kesyirikan atau dgn kata lain menduakan Allah ? hemat aku mudah saja. jika kita (umat islam la) menyabut secara zahir perayaan mereka (bukan islam) maknanya kita mengiktiraf agama mereka,juga bila mengikhtiraf agama mereka tidak perbuatan itu seperti mengikhtiraf tuhan mereka? dan jika itu berlaku maka syirik la perkataan yang tepat.amacam?
Jika kita mengatakan setuju, maka kongsi raya perlu lebih utama untuk dinafikan, kerana kongsi raya membawa maksud reda dan setuju kepada kepercayaan-kepercayan yang ada dalam sesuatu perayaan tersebut.seperti yang aku sebutkan tadi. masuk akal ke? seseorang muslim yang mentauhidkan Allah mengucapkah tahniah kepada seorang Budha, Hindu atau Kristian yang sedang menyembah tuhan mereka ? sebetulnya kongsi raya tidak mendatangkan kebaikan kepada umat Islam melainkan ia menghakis keimanan dan jati diri umat Melayu Muslim,terutamanya .
mungkin benar lah.kita hidup berbilang bangsa ,perlu menghormati agama bangsa dan pegangan orang lain,perihal ini juga termasuk dalam prinsip ke-3 konsep 1 Malaysia iaitu prinsip penerimaan .namun sesuatu kita perlu cepat cepat sedar,cukup lah sekadar menghormati sahaja atau dalam pemahaman lain nya tidak seperti menafikan pegangan mereka.namun bila dah sampai kita tergerak hati menunggu sambutan krismas 25 dis,sekali menyanyi lagu krismas,dan berparty di depan pavillion ? ini bukan caranya.be realistic!
semoga sama sama muhasabah diri :)
0 tepikaenorang:
Post a Comment