Thursday, December 09, 2010

SAYA TIDAK BERMAZHAB SYIAH, TETAPI SAYA MENGAGUMI AHMADINEJAD!


Senario di Israel . .




inilah foto foto yang berjaya diambil di sekitar Tel Aviv,bas-bas awam menampal poster Ahmadinejad dalam Hebrew yang bermaksud 'hanya sasaran tepat'. Satu undangan untuk membunuh 'singa umat Islam ini'.

------------------------------------------------------------------------------------------------

Kecuali di Israel . .
Dalam satu pertemuan dengan kumpulan Yahudi ANTI ZIONIS pada bulan September, 2009 di New York, rabbi Yahudi telah menghadiahkan beliau sebuah piala.

Syed Hasan Nasrallah, Setiausaha Agung Hezbullah menghadiahkan Dr Ahmadinejad dengan sepucuk senapang yang dirampas dari tentera Zionis.


Hugo Chavez, Venezuela, memang teman rapat Dr Ahmadinejad. Benarlah, 'Kuasa imperialis Barat hanya gentar dengan sosialis dan Syiah sahaja. Kapitalis-sekular empuk lena dalam dakapan Barat sementara Islam istana OhISee pula mudah ditundukkan.

Ada orang mengatakan Iran adalah negara teroris, agak menghairankan juga pemimpin dunia di Amerika Selatan menyambut beliau dengan penuh hangat. Inacio Lula da Silva, Presiden Brazil menghadiahkan Dr Ahmadinejad foto mereka berdua yang dibingkaikan.

Ahvaz, sebuah wilayah Iran yang ramai dihuni etnik Arab bermazhab sunni, Dr Ahmadinejad dihadiahkan sepasang jubah ala Ahvaz.

Isu umat Islam yang bagaimanakah beliau juarai? Skaf Palestina yang dihadiahkan oleh pemuda HAMAS ini menjadi saksi.

Sepersalinan busana tradisi Tajik daripada Perdana Menteri Tajikistan,
Oqil Oqilov.


Jika betul diteliti,mungkin tiada apa yang boleh menafi.benarlah hanya Zionis tulen yang memusuhi Ahmadinejad.sangat benci mereka kepada singa allah ini tidak lain kerana beliau la juara tulen yang punyai pendirian utuh terhadap islam dan menegakkan cabaran terbuka kepada musuh Islam.sesuatu yang negara kaya Islam lain tercungap cungap nak buat!

mungkin ,jika diberi peluang ramai pemimpin pemimpin diluar sana yang mengagumi beliau, maksud aku pemimpin yang mempunyai pasak perjuangannya islam.pemimpin kita? aku rasa mereka lagi suka memandang ke rumah putih .lebih besar rumah didiri atau lebih bertimbun harta diperoleh.baru la sejati!

oh ya,post ini tidak lah bermakna aku bermazhabkan syiah ,cuma aku mengagumi AHMADINEJAD :)

sumber : blogfaisaltehrani

0 tepikaenorang: