aku mula terfikir,adakah benar wujudnya istilah 'hukum karma' dalam ajaran agama yang aku anuti? hairan,sbb setahu aku,perkara ini pun mula aku ketahui semasa pembelajaran sejarah ting 4 mungkin.itu pun tak berapa pasti ? ;)
----------------------------------------------------------------
secara asasnya Hukum KARMA berdiri di atas fahama bahawa hukuman dari sang karma (tuhan) kepada si pelaku dosa,mantiknya Karma ini adalah satu prinsip ‘berbuat baik dibalas baik dan berbuat jahat dibalas jahat, dan prinsip ini digunakan untuk seseorang itu mencapai Nirwana(syurga) atau tahap Moksha(bersatu dengan tuhan).
Orang Hindu percaya kepada Hukum Karma dan kelahiran semula selepas mati. Kelahiran semula ini amat bergantung kepada Karma iaitu perbuatan seseorang semasa hayatnya. Matlamat seseorang penganut Hindu adalah untuk mencapai Nirvana atau Moksha. Seseorang yang mencapai Moksha akan bersatu dengan tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia. Oleh itu mereka perlulah membuat kebaikan terhadap segala makhluk di dunia supaya dapat menghindarkan diri daripada kelahiran semula
( Majjhima Nikaya III : 135 ).
maka mudah, bahawa hukum ini sangat berbeza daripada agama islam kerana karma terhad bagi penganutnya untuk sentiasa berbuat baik bagi mengelakkan kelahiran semula dan berusaha sedaya upaya bagi mencapai matlamat kehidupan di dunia mereka iaitu mencapai tahap nirvana dab moksha! lebih menarik,dlm fahaman mereka ,tiadanya akhirat yang sering dibayangkan dalam agama islam sebagai satu putaran selepas kehidupan di dunia.jadi intrepitasi 'buat baik di balas baik mungkin membawa erti mereka akan mencapai tahap moksha atau nirvana yg membolehkan mereka bersatu dengan tuhan dan buat jahat dibalas jahat mungkin membawa erti kelahiran semula di dunia yg merupakan satu balasan.daripd faham yang aku baca begini laa.mungkin .
jadi buat semua yang beragama islam,berhati hati laa .dek kerana asimilasi budaya terutama nya orang melayu kita kadang kala alpa akan tentang sesuatu perkara yang sepatutnya kita tidak lupa..
untuk fahaman yang lebih jelas.aku cuba dtgkan beberapa hujah bagi membezakan hukum karma ini dalam Islam.
kisah Nabi Yusuf yang diceritakan dalam Surah Yusuf. Semasa kecilnya(Nabi Yusuf),dia ditinggalkan oleh saudara-saudara dalam telaga berseorangan. Kemudian dia dikutip oleh pembesar Mesir dan dia dituduh menggoda Zulaikha(hanya panggilan,bukan nama sebenar), lalu dipenjara.Akhirnya dia dibebaskan dan dia dijadikan bendahara negara dan ketika dia memerintah negara,dia berbuat baik pada abang-abangnya. Perhatikan,adakah cerita ini menepati hukum karma? Tidak kerana abang-abangnya yang berbuat jahat padanya dibalas dengan kebaikan olehnya.Satu bukti menolak hukum karma.
Kisah pembukaan Kota Makkah,Nabi bersabda kepada penduduk Makkah yang maksudnya sesiapa yang berada di dalam rumah,dia akan selamat,siapa yang berada di dalam masjid nabawi juga akan selamat dan sesiapa yang berada dalam rumah Abu Sufian juga akan selamat. Imbau kembali perjuangan Rasulullah di awal-awal dahulu bagaimana Nabi dicaci,dihina dan dikutuk oleh orang Makkah dan kini,orang yang pernah berlaku jahat padanya dibalas dengan keampunan,sejenis kebaikan. Bukti kedua menolak hukum karma.
bandingkan lah kedua hujah ini.namun jangan dikelirukan antara pegangan dan persepsi .
mungkin ada juga yang akan keliru ,kerana Allah berfirman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:
Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
namun,balasan sama ada buruk mahupun baik di dlm islam bukanlah terhad di dunia sahaja bahkan kita semua akan di hisab dan dihitung di akhirat kelak.
Islam mengiktiraf konsep sebab dan akibat atau anda mungkin lebih suka memanggilnya karma dan Islam juga mengiktiraf satu lagi konsep yang diberi nama Ujian/Dugaan.Berdasarkan konsep ujian inilah,orang yang buat baik tidak semesti mendapat balasan baik di dunia tapi jika dia berjaya lulus konsep ini, bersabar dengan ujian yang menimpanya, menderita mana pun dia di dunia,dia pasti mendapat balasan baik di akhirat. Disebabkan konsep Ujian inilah,hukum Karma seperti Agama Hindu mampu ditolak bulat-bulat oleh orang Islam.
buat terakhir kali,biarlah apa yang akan terjadi walau kita dicerca dan dimaki ,juga dihina dan dibenci ,percayalah bahawa DIA lah yang adil dlm menentukan apa yang terbaik untuk umatnya.MAHA ADIL LAGI MAHA BIJAKSANA :)
p/s di kolej aku pun rasanya ,karma ini semakin di salah ertikan .jadi buat yang tidak mengerti hati hati.
0 tepikaenorang:
Post a Comment